Asus Zenfone 5, Zenfone 5z dan Zenfone 5 Lite dilancarkan pada penghujung Februari yang lalu. Pada waktu tersebut pihak Asus mengatakan peranti-peranti ini akan mula memasuki pasaran Malaysia pada bulan April. Nampaknya tarikh pelancaran peranti-peranti ini ditangguhkan ke bulan Mei dan Jun.
Ini disahkan sendiri oleh wakil Asus di Malaysia di dalam emel yang diterima pihak kami pagi ini. Mereka tidak memberitahu model yang manakah akan dilancarkan pada bulan Mei dan Jun ini. Tetapi jika melihat kepada pola pelancaran peranti mereka di Malaysia sebelum ini, kemungkinan besar model Zenfone 5 dan 5 Lite akan dilancarkan terlebih dahulu sebelum model lebih premium Zenfone 5Z.