Apple Music Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Pelanggan Berbayar

Apple Music Kini Mempunyai Lebih 40 Juta Pelanggan Berbayar

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Bercakap mengenai perkhidmatan penstriman muzik, selain daripada Spotify, salah satu perkhidmatan yang popular dan mengejar Spotify dibelakang adalah Apple Music. Berbeza dengan sejumlah perkhidmatan Apple lain, Apple Music bukan sahaja terhad untuk pengguna Apple, tetapi turut ditawarkan untuk pengguna Android.

Apple Music

Pada bulan lepas, ia telah dikongsikan yang mana Apple Music mempunyai sekitar 38 juta pelanggan berbayar. Hari ini, angka berkenaan dilihat telah berubah menjadi 40 juta – sekaligus memperlihatkan penambahan angka pelanggan berbayar dengan pantas untuk perkhidmatan penstriman muzik berkenaan.

Apple Music ditawarkan pada harga langganan RM14.90 sebulan – tetapi para pelajar boleh mendapatkannya pada harga RM6.90 sebulan, sekaligus membuat lebih ramai mendapatkannya.

Apple sendiri baru-baru ini telah mula menambah pelbagai kandungan dan pembaharuan – termasuk kandungan berbentuk video muzik.

Dengan penambahan pengguna yang ramai dari hari ke hari ini, tidak mustahil kita melihat Apple Music terus mengejar Spotify dari segi angka pengguna dalam tahun-tahun akan datang.


TIPS & ULASAN