Cari @ Amanz

Pada bulan lepas, Apple telah dikatakan mempunyai sekitar 36 juta pelanggan – sekaligus meletakkan ia sebagai perkhidmatan penstriman muzik kedua paling popular didunia selepas Spotify. Kini, berkongsi pada acara SXSW hari ini, Apple turut berkongsi mengatakan mereka kini mempunyai sekitar 38 juta pelanggan untuk perkhidmatan penstriman muzik mereka.

Apple Music

Ini sekaligus memperlihatkan penambahan 2 juta pelanggan baru sejak angka terakhir dikeluarkan bulan lepas.

Apple sendiri dilihat kini memfokuskan kepada penawaran kandungan digital dalam menambah pendapatan mereka selain daripada menjual peranti dan sebagainya.

Bercakap mengenai penawaran kandungan digital sendiri, hari ini Apple turut mengumumkan pengambil-alihan perkhidmatan langganan majalah digital, iaitu Texture.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd