Cari @ Amanz

Spotify dan Apple Music ialah dua gergasi di dalam dunia penstriman muzik atas talian. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Hanya beberapa minggu yang lalu Spotify mereka mempunyai 70 juta pelanggan berbayar. Bagaimana pula dengan Apple?

Menurut laporan Wall Street Journal, Apple Music kini mempunyai 36 juta pelanggan. Ini adalah peningkatan dari 30 juta yang dilaporkan pada September 2017. Kadar peningkatan pelanggan baru Apple Music di Amerika Syarikat adalah lebih pantas berbanding Spotify tetapi tidak pada tahap global. Apakah perkhidmatan penstriman muzik berbayar pilihan anda semua?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd