Honor 10 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 15 Mei

Honor 10 Mungkin Akan Dilancarkan Pada 15 Mei

Diterbitkan pada Apr 5, 2018 oleh .

Setiap tahun selepas peranti utama Huawei dilancarkan, peranti dengan spesifikasi hampir setanding akan dilancarkan di bawah jenama Honor. Jika Huawei P20 ialah Ying, maka Honor 10 ialah Yang. Bagi yang menantikan pelancaran Honor 10, peranti ini mungkin akan dilancarkan pada 15 Mei hadapan.

Jemputan ke sebuah majlis yang akan dilangsungkan di London pada tarikh tersebut sudah mula dihantar ke beberapa wakil media. Imej di atas memberikan petunjuk sebuah peranti dengan kecerdasan buatan. Ini memberikan petunjuk bahawa ia kemungkinan besar sebuah Honor 10. Di Malaysia Huawei P20 dijual pada harga RM 2699. Sekiranya harga jualan ini dirasakan di luar kemampuan, Honor 10 pasti akan dijual pada harga yang lebih mesra dompet.


TIPS & ULASAN