Cari @ Amanz

Essential Ph,1 ialah telefon pintar pertama keluaran Essential yang diasaskan oleh Andy Rubin. Ketika dilancarkan peranti ini menarik perhatian kerana mempunyai takuk yang kecil serta tubuh yang diperbuat daripada titanium. Tetapi ia mempunyai kelemahan kerana kemampuan kamera yang kurang memuaskan.

Di dalam temubual bersama BusinessInsider, Linda Jiang yang merupakan ketua bahagian rekaan industri Essential menjanjikan telefon pintar mereka yang seterusnya akan mempunyai kemampuan kamera yang lebih baik. Setakat iniĀ  dianggarkan sekitar 100,000 Essential Ph.1 telah terjual. Ini ialah angka jualan yang amat kecil. Sekiranya mereka ingin bersaing dengan pengeluar lain yang mengeluarkan peranti dengan kemampuan kamera yang lebih baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd