Cari @ Amanz

Beberapa minggu lepas, selepas penyatuan Grab dan Uber, ia telah diumumkan yang mana aplikasi Uber akan berhenti beroperasi selepas 9 April. Kini, seperti dijanjikan, perkhidmatan berkenaan telah pun berhenti beroperasi – dan sekiranya pengguna memasuki aplikasi Uber hari ini, mereka dipaparkan dengan mesej yang mana perkhidmatan Uber tidak lagi ditawarkan untuk rantau ini.

Pada aplikasi Uber juga, kini pengguna diminta untuk menggunakan aplikasi Grab, selain kod khusus disediakan untuk penawaran diskaun. Perkhidmatan Uber sebelum ini telah dilancarkan di Malaysia pada 2014 yang lepas, dan sejak daripada itu, ia telah diperluaskan ke sejumlah bandar utama seluruh negara.

Walaupun dihentikan di Malaysia, namun, di Singapura tempoh operasi Uber dilanjutkan untuk seminggu lagi sementara menantikan pihak berkuasa di sana menyemak kepada proses penyatuan kedua-dua syarikat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd