Gambar Xiaomi Black Shark Tertiris Dengan Kerangka Khas

Gambar Xiaomi Black Shark Tertiris Dengan Kerangka Khas

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Xiaomi Black Shark akan menjadi telefon pintar pertama mereka yang mensasarkan golongan gamer. Ia akan dilancarkan secara rasmi pada 13 April ini. Kemunculannya amat dinantikan bagi bersaing dengan Razer Phone. Gambar sebenar peranti ini telah tertiris ke laman Weibo hari ini dan menujukan kewujudan kerangka khas.

Keseluruhan peranti berwarna hitam dengan logo Black Shark berwarna hitam pada bahagian belakang. Terdapat sistem dwi kamera, corak geometrik pada panel belakang dan tubuh bergetah yang membuatkannya kelihatan agresif.

Kerangka khas pada bahagian atas pula besar kemungkinan adalah aksesori alat kawalan permainan bagi mereka yang kurang menggemari kawalan skrin sesentuh. Aksesori seperti ini sudah terdapat di pasaran dan turut dihasilkan oleh Motorola dalam versi Moto Mods mereka. Adakah anda teruja dengan rekaan yang digunakan ini?


TIPS & ULASAN