Meizu pada Januari 2018 lepas telah memperkenalkan Meizu M6S untuk pasaran China, dimana ia hadir dengan rekaan nisbah skrin 18:9, selain menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian tepi seumpama peranti Xperia sebelum-sebelum ini. Kini, selain dari China, peranti Meizu M6S ini dilihat telah turut mula ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Meizu M6S hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan HD+, dilengkapi cip Exynos 7872, memori 3GB RAM dan storan 64GB.
Ia turut menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan juga kamera hadapan 8-megapixel. Menjananya adalah bateri berkapasiti 3000mAh dengan sokongan pengecasan pantas.
Disamping menyertakan pengimbas cap jari ditepi peranti, Meizu turut menyertakan sedikit perubahan pada perisian dengan menyertakan akses pantas melalui kekunci maya bulat pada bahagian bawah skrin.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Meizu M6S ini daripada pengedar terdekat hari ini.