Nubia Turut Akan Melancarkan Peranti Untuk Gaming Di Bawah Penjenamaan Red Magic
April 11, 2018
Nubia
Effi Saharudin
Razer Phone memulakan trend dan Xiaomi kemudian turut menyertai mereka dengan jenama Black Shark. Dunia peranti pintar yang direka khas untuk gaming berkembang sekali lagi dengan pengumuman jenama Red Magic oleh Nubia.
Sub jenama ini akan mensasarkan golongan peminat permua tegar yang kini hangat selepas pelancaran PUBG Mobile, Fortnite, Rules of Survival dan Mobile Legends. Tiada maklumat mengenai bilakah peranti pertama Red Magic akan dilancarkan. Nubia hanya berkongsi logo berwarna merah yang kelihatan seperti kepala kesateria silam berbaju zirah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.