Apple Diarahkah Membayar RM 1.95 Billion Kepada VirnetX Kerana Penyalahgunaan Paten

Apple Diarahkah Membayar RM 1.95 Billion Kepada VirnetX Kerana Penyalahgunaan Paten

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Kes saman VirnetX terhadap Apple telah berlarutan bertahun lamanya. Menurut VirnetX, Apple  melanggar paten sistem keselamatan atas talian milik mereka yang digunakan pada aplikasi seperti iMessage. Pada Oktobr 2017 mahkamah mengarahkan Apple diarahkan VirnetX ganti rugi berjumlah $439,727,418 (~RM 1.7 Billion). Apple segera melakukan rayuan ke atas keputusan ini.

Selepas rayuan dilakukan, keputusan sekali lagi memihak kepada VirnetX dan bayaran ganti rugi meningkat ke $502.6 juta (~RM 1.95 bilion) selepas mengambil kira kos guaman. Keputusan ini adalah tamparan hebat kepada Apple. Saham VirnetX melonjak 40% selepas keputusan diumumkan manakala saham Apple tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Kegembiraan VirnetX mungkin tidak bertahan lama kerana badan rayuan dan pengadilan paten telah menetapkan paten milik mereka tidak sah di dalam beberapa kes yang sedang didengari di Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat. VirnetX ialah syarikat toyol paten yang mengaut keuntungan dengan hanya menyaman syarikat tanpa mengeluarkan sebarang produk.


TIPS & ULASAN