Cari @ Amanz

HMD Global atau nama lainnya, Nokia Mobile telah mulakan ujian Oreo untuk Nokia 3 pada bulan Februari yang lepas. Kini, hari ini, kemaskini akhir untuk Android 8.0 Oreo telah pun tersedia, dan telah mula ditawarkan secara berperingkat kepada pengguna telefon pintar Nokia 3.

Android 8.0 Oreo menawarkan beberapa perubahan, termasuk sokongan Picture-in-Picture untuk sejumlah aplikasi, kemaskini pada talam aplikasi, penambahan paparan dot pada ikon bagi menandakan notifikasi, dan sejumlah ciri baru yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Nokia 3, anda boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini. Seperti kebiasaan, ia mungkin mengambil beberapa hari sebelum ia mula diterima pada peranti anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd