Cari @ Amanz

Pada bulan Mac tahun lalu, Samsung Cinema Screen dilancarkan. Ini ialah inisiatif Samsung untuk menggantikan penggunaan sistem projektor di panggung wayang. Skrin LED digunakan sepenuhnya dan menjanjikan resolusi 4K serta sokongan HDR apabila menonton filem-filem terkini. Bagi peminat filem Malaysia, Samsung Cinema Screen akan akhirnya tiba di Malaysia dan dipasang di panggung GSC Mid Valley.

Menurut laporan LowYat.Net, skrin LED yang digunakan adalah sebesar 10.4 meter,menyokong resolusi 4K dan paparan HDR. Gambar 4K HDR dipadankan dengan sistem audio yang dihasilkan dengan kerjasama Harman Cinema Group. Teknologi skrin terbaru ini mempunyai keterangan maksimum 146 foot-lamberts (fL) yang sepuluh kali ganda lebih terang berbanding sistem projektor digital yang digunakan di pawagam sekarang.

Penghasilan filem telah lama berpindah ke teknologi digital. Filem seluloid telah lama digantikan dengan projektor digital di pawang Malaysia. Langkah seterunya ialah menggantikan teknologi projektor yang telah wujud sejak 1879 dengan skrin LED yang berkongsi teknologi dengan TV dan telefon pintar terkini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd