Rekaan OnePlus 6 Akhirnya Tetiris Mengesahkan Kedudukan Butang Yang Dikemaskini

Rekaan OnePlus 6 Akhirnya Tetiris Mengesahkan Kedudukan Butang Yang Dikemaskini

Diterbitkan pada Apr 13, 2018 oleh .

OnePlus mula menghentikan jualan OnePlus 5T di beberapa pasaran dunia. Tahun demi tahun ini adalah petanda peranti terkini mereka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Semalam imej acah menunjukkan rekaan sisi OnePlus 6. Hari ini keseluruhan rekaan peranti tertiris selepas ia muncul di dalam senarai kerangka yang dijual di atas talian.

Seperti yang berlaku ke atas Samsung Galaxy S9, sumber ketirisan ialah pengeluar kerangka OIixar. OnePlus 6 dapat dilihat menggunakan kerangka rekaan syarikat ini. Ia mengesahkan saiz takuk, susunan kamera, rekaan pengimbas cap jari dan butang lungsur notifikasi berubah ke sisi kanan peranti. Adakah rekaan ini menarik minat anda?


TIPS & ULASAN