Cari @ Amanz

Menerusi aplikasi AR Emoji, pengguna Samsung Galaxy S9 dan S9+ boleh menggantikan wajah mereka dengan watak-watak popular Disney. Sebelum ini watak Mickey dan Minnie Mouse diberikan terlebih dahulu beberapa minggu selepas peranti utama ini dilancarkan.

Semalam watak Donald Duck pula diberikan menerusi kemaskini aplikasi Mickey Mouse and Friends AR Emoji. Ini membawakan jumlah watak yang digunakan kepada tiga kesemuanya. Selepas ini beberapa lagi watak bakal diberikan iaitu The Incredibles dan Brave. Bagi memuat turun watak Donald Duck, anda perlu mengemaskini aplikasi AR Emoji menerusi stor Galaxy Apps.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd