Cari @ Amanz

HMD Global telah mula mempopularkan kembali jenama Nokia sejak setahun dua ini melalui pelbagai penawaran peranti menarik dan yang mengembalikan nostalgia ramai pengguna. Kini, selain penawaran yang telah diumumkan pada MWC 2018 lepas, HMD Global turut dalam persiapan untuk memperkenalkan sebuah peranti baru dinamakan Nokia X.

Untuk makluman, jenama Nokia X pernah digunakan pada 2014 yang lepas oleh “Nokia lama” untuk penawaran telefon pintar Android mereka. Ketika itu, jenama Nokia hanya memfokuskan kepada penawaran peranti Windows Phone sahaja, dan pengenalan Nokia X memecah tradisi berkenaan.

Nokia X

Ia tidak diketahui apakah perancangan HMD Global dengan Nokia X. Adakah ia akan menandakan penggunaan angka sepuluh seumpama iPhone, ataupun mungkinkah ia merupakan sebuah peranti dengan pelbagai teknologi terkini, ataupun sebaliknya.

Beberapa gambar acah dilihat telah mula kelihatan di China, termasuk penyertaan tarikh 27 April. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan penghujung bulan ini untuk melihat apakah kejutan yang disediakan oleh HMD Global untuk para peminat Nokia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd