OnePlus 6 Disahkan Mempunyai Kemampuan Kalis Air

OnePlus 6 Disahkan Mempunyai Kemampuan Kalis Air

Diterbitkan pada Apr 17, 2018 oleh .

Selepas bertahun menanti, akhirnya OnePlus akur dengan permintaan peminat untuk menghasilkan peranti dengan kemampuan kalis air. Ini disahkan menerusi video acah yang dimuat naik akaun Twitter rasmi OnePlus malam semalam.

Sesuai dengan moto syarikat Never Settle, OnePlus tidak lagi boleh mengendahkan fungsi yang kini dianggap standard pada peranti-peranti utama di pasaran seperti yang dikeluarkan Samsung, Apple, Huawei dan Sony. Rekaan OnePlus 6 sudahpun tertiris dengan skrin bertakuk serta butang mematikan notifikasi yang diubah kedudukannya.

Satu lagi misteri ialah sama ada OnePlus 6 akan akhirnya menyokong pengecasan tanpa wayar. Sebelum ini sebab yang diberikan ialah Dash Charge lebih pantas berbanding pengecasan tanpa wayar dan peminat OnePlus tidak memerlukannya.


TIPS & ULASAN