Peranti Keluaran ZTE Mungkin Diharamkan Dari Menggunakan Sistem Operasi Android
ZTE

Peranti Keluaran ZTE Mungkin Diharamkan Dari Menggunakan Sistem Operasi Android

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Semalam kami laporkan ZTE dihalang dari membeli komponen keluaran syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Ini adalah disebabkan oleh ZTE melanggar sekatan menjual peranti dengan komponen Amerika Syarikat ke negara Iran. Pengharaman ZTE ini akan berkuatkuasa selama tujuh tahun.

Akibatnya ialah ZTE tidak lagi boleh membeli pemproses dari Snapdragon. Alternatif buat mereka kini ialah menggunakan pemproses keluaran MediaTek. Tetapi halangan lebih besar bagi ZTE ialah mereka mungkin akan turut kehilangan hak menggunakan sistem operasi Android.

ZTE adalah antara syarikat yang diiktiraf di bawah Android Certifed Partners. Menurut laporan Reuters, pihak ZTE dan Google kini sedang melakukan perbincangan mengenai penggunaan sistem operasi Android. Pengharaman yang dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat turut melibatkan penggunaan perisian.

Tanpa sistem operasi Android, masa depan ZTE sebagai pengeluar telefon pintar kelihatan amat kelam. Tidak seperti dahulu, Google kini menghalang log masuk aplikasi GApps seperti Play Store pada peranti yang tidak diiktiraf di bawah program Android Certified.


TIPS & ULASAN