LG dilihat bakal memperkenalkan pelbagai telefon pintar pada tahun ini. Antara yang bakal hadir pada pertengahan tahun ini ialah LG G7 ThinQ dengan rekaan skrin bertakuk dan dipercayai menjanakan cip pemproses Snapdragon 845.
V35 ThinQ (Emma) is arriving around the same time as G7 ThinQ (Neo/Judy), while V40 ThinQ (Storm) is the late summer / early fall flagship. https://t.co/dDLeTYwKEf
— Evan Blass (@evleaks) April 20, 2018
Hari ini, @evleaks memaklumkan LG turut bakal melancarkan LG V40 dan LG V35. LG V35 dengan kod nama Emma mungkin akan dilancarkan bersama-sama dengan LG G7 ThinQ (Neo/Judy) dan LG V40 dengan kod nama Storm ini mungkin pewaris kepada keluarga LG V3X.
Ini adalah pertama kali LG melancarkan lebih dari dua peranti dengan spesifikasi kelas utama dalam satu tahun. Kebiasaannya mereka hanya akan melancarkan satu peranti untuk siri G dan V. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai peranti baru LG ini tidak lama lagi.