Flickr merupakan salah satu laman perkongsian gambar popular dan digunakan ramai di seluruh dunia. Ia sebelum ini telah diambil-alih oleh Yahoo!, dan boleh dikatakan kurang mendapat perhatian daripada pihak Yahoo! dalam pembangunannya.
Kini, selepas Yahoo! diambil-alih oleh Verizon sebelum ini, perkhidmatan Flickr hari ini dijual kepada SmugMug.
Bagi yang tidak mengenali akan SmugMug, ia merupakan perkhidmatan perkongsian gambar berbayar yang memudahkan pengguna memuat-naik gambar dan video melaluinya.
Buat masa ini, SmugMug merancang untuk meneruskan perkhidmatan Flickr, termasuk menyokong komunitinya. SmugMug turut mengatakan mereka akan memberikan lebih perhatian dan sumber pembangunan berbanding Verizon sebelum ini.
SmugMug dijangka berkongsi lanjut mengenai perancangan mereka untuk Flickr dalam minggu-minggu akan datang.