Cari @ Amanz

Di Malaysia kerap kali didengari bahawa industri muzik diancam kepupusan kerana masalah cetak rompak yang serius. Jualan cakera padat adalah di tahap yang amat rendah. Sungguhpun begitu pada tahap global, 2017 ialah tahun yang baik untuk industri muzik kerana mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak 8.5% berbanding 2016.

Statistik paling menarik ialah tahun keuntungan yang dicatatkan ialah $17.4 bilion (~RM 67.8 bilion) dengan $7.4 bilion (~RM 28.8) (43%) datang dari perkhidmatan penstriman muzik. Ini adalah peningkatan sebanyak 39% berbanding 2016. Sungguhpun begitu nilai keuntungan ini masih di belakang nilai keuntungan yang dicatatkan tahun 2008. Tiga syarikat rakaman dengan pegangan pasaran terbesar ialah Universal Music (29.7%), Sony Music (22.1%) dan Warner Music (18%).

Berita baik bagi penggiat seni ialah trend menunjukkan peningkatan jualan untuk industri yang diancam kepupusan kerana cetak rompak menggunakan aplikasi seperti Napster. Masalah cetak rompak masih lagi wujud seperti Spotify yang mempunyai 2 Juta akaun yang melanun perkhidmatan. Tetapi sekurang-kurang tidak seperti dahulu, perkhidmatan penstriman kini lebih mampu milik dan mudah diakses dimana-mana sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd