Razer Mengambil-Alih MOL Global – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena E-Pembayaran

Razer Mengambil-Alih MOL Global – Mengukuhkan Kedudukan Dalam Arena E-Pembayaran

Diterbitkan pada Apr 23, 2018 oleh .

Razer sebelum ini sedia mempunyai pegangan sebanyak 35% pada MOL Global. Hari ini, Razer mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pembayaran digital, dan telah pun mengambil-alih baki 65% pada MOL Global.

Bagi yang tidak mengenali akan MOL Global, ia merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada kemudahan pembayaran atas-talian untuk membeli barangan – dan juga kredit permainan secara maya. Mereka juga turut mempunyai penawaran dompet nirtunai tersendiri dinamakan One2Pay.

MOL Global disasarkan sebagai salah satu perkhidmatan e-pembayaran yang besar di Asia Tenggara. Selain pembayaran atas-talian, mereka juga mempunyai kerjasama dengan kedai fizikal – seperti 7-Eleven untuk menerima pembayaran secara fizikal untuk pembelian atas-talian.

Seperti biasa, proses pengambil-alihan ini akan melalui beberapa fasa sebelum menerima pengesahan sepenuhnya daripada pelbagai pihak – termasuk pelabur dan juga badan berkuasa. Sekiranya semua berjalan lancar, MOL Global akan meneruskan operasi sebagai subsidiari dibawah Razer selepas itu.


TIPS & ULASAN