Instagram Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Data Yang Pernah Dikongsikan Anda Melaluinya

Instagram Kini Membolehkan Anda Memuat-Turun Data Yang Pernah Dikongsikan Anda Melaluinya

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Facebook pada awal bulan ini telah dilanda kontroversi skandal data, dan sejak daripada itu, pelbagai perkara telah diperdebatkan. Hal ini termasuk berkenaan kebolehan untuk memudahkan pengguna untuk memuat-turun data yang pernah dimuat-naik ke sesuatu perkhidmatan.

Facebook sedia menawarkan ciri berkenaan, dan hari ini Instagram turut menambah ciri berkenaan.

Pengguna Instagram kini boleh ke laman khusus, dan memuat-turun data yang pernah anda kongsikan melalui perkhidmatan berkenaan – termasuk gambar, komen, informasi profil dan sebagainya.

Instagram mengatakan setiap permohonan mungkin mengambil masa sehingga 48 jam sebelum anda dapat memuat-turun data anda.

Bagi anda yang berminat, boleh ke laman khusus Instagram hari ini, dan memuat-turun data peribadi anda yang pernah dikongsikan melalui laman berkenaan.

Layari : Instagram Download Your Data


TIPS & ULASAN