Imej Pengolokan Nokia X6 Tertiris Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Imej Pengolokan Nokia X6 Tertiris Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Diterbitkan pada Apr 25, 2018 oleh .

Nokia akan mengadakan acara di China dalam masa tiga hari. Pada hari tersebut Nokia X6 dijangka dilancarkan selepas sebelum ini beberapa imej acah dengan huruf X mula dilihat di China. Nokia X6 ini bukan model kemaskini kepada Nokia X6 asal yang menggunakan Symbian. Sebaliknya akan menjadi peranti skrin bertakuk pertama keluaran Nokia.

Imej pengolokan Nokia X6 telah tertiris dan mendedahkan peranti dengan rekaan belakang seakan Nokia 7 Plus dan skrin hadapan bertakuk. Terdapat ura-ura dua model akan dihasilkan satu dengan pemproses Snapdragon 636 dan satu lagi dengan MediaTek Helio P60. Harga jualannya pula dianggarkan sekitar $250 (~RM 977).


TIPS & ULASAN