Cari @ Amanz

Pensijilan peranti Android mula diperkenalkan pada tahun 2017 melalui program Android Certified. Bermula tahun 2018, Google mula menghalang akses GApps pada peranti yang tidak diiktiraf. Perkara ini berlaku kerana untuk mengelakkan sebarang isu sekuriti dalam peranti Android.

Pada penghujung Mac lalu, Google sebenarnya telah pun menutup pensijilan untuk Android Nougat. Ini bermakna peranti-peranti baru selepas bulan Mac dengan Android Nougat boleh mengalami isu “Device is not certified by Google“. Google semakin tegas dalam hal sistem operasi mereka ini kerana menginginkan pengeluar membina Android mengikut garis panduan Compatibility Definition Document (CDD) agar ia melepasi Compatibility Test Suite (CTS).

Android Oreo

Ini bermakna, semua peranti baru yang diiktiraf Google bermula April 2018 dan ke atas harus menggunakan Android Oreo. Sehingga kini terdapat lebih 16000 senarai peranti dalam Google Play Certified dan hanya sejumlah kecil sahaja yang menggunakan Oreo.

Dengan pengenalan Project Treble, kita akan mula lihat lebih banyak peranti baru menjalankan Android Oreo pada tahun ini. Malah, peranti Xiaomi Redmi yang tertiris baru-baru ini turut menggunakan Android 8.1 Oreo.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd