Google hari ini telah memperkenalkan beberapa kemaskini memfokuskan kepada produktiviti. Selain pengenalan GMail baru di web, gergasi internet berkenaan juga turut memperkenalkan sebuah aplikasi baru untuk memudahkan anda membuat senarai tugasan, iaitu Google Tasks.
Melalui Google Tasks, ia membolehkan pengguna menambah senarai tugasan yang perlu dibuat, dan selarikan ia untuk akses di GMail, atau melalui web. Google Tasks juga turut memudahkan anda meningkatkan produktiviti, dan memastikan anda menyelesaikan sesuatu tugasan dalam latar masa yang ditetapkan.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma di Android dan iPhone – sekaligus menggunakannnya dalam menguruskan pelbagai tugasan anda.
- Muat Turun
- Layari : Google Tasks untuk Android
- Muat Turun
- Layari : Google Tasks untuk iPhone