Kadar Penggunaan iOS 11 Kini Mencecah 76% Peranti

Kadar Penggunaan iOS 11 Kini Mencecah 76% Peranti

Diterbitkan pada Apr 26, 2018 oleh .

Selamat datang ke hampir penghujung bulan April dan mungkin ada baiknya jika kita melihat sistem operasi manakah paling popular di kalangan peranti iOS. Dari maklumat rasmi Apple, iOS 11 ialah sistem operasi paling tinggi peratusan penggunaannya dengan 76%. Ini diikuti oleh iOS 10 (19%) dan lain-lain (5%).

Kadar penggunaan sistem operasi iOS terkini ini jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan sistem operasi Android. Seperti kami laporkan sebelum ini, Android Oreo hanya digunakan oleh 4.6% peranti. Diharap dengan Project Treble yang dimulakan dengan Oreo, masalah kemaskini Android yang lambat tidak akan lagi berterusan.


TIPS & ULASAN