Pengasas WhatsApp Menarik Diri Dari Facebook

Pengasas WhatsApp Menarik Diri Dari Facebook

Diterbitkan pada Mei 1, 2018 oleh .

Berbilion pengguna di seluruh dunia menggunakan perkhidmatan pemesejan WhatsApp. Tetapi kami yakin ramai tidak mengenali pengasasnya iaitu Jan Koum dan Brian Acton. Aplikasi yang dilancarkan pada tahun 2009 kemudian dijual kepada Facebook pada tahun 2014 dengan harga RM 75 bilion.

Acton meninggalkan Facebook September tahun lalu dan kini Koum pula mengumumkan beliau akan meninggalkan Facebook serta menarik diri dari lembaga pengarah media sosial nombor satu dunia ini.

Pengumuman dilakukan menerusi laman Facebook peribadi beliau namun tidak memberikan tarikh sebenar akan meninggalkan syarikat perkhidmatan sosial terkemuka ini.

Menurut laporan Washington Post, Koum mengambil keputusan meninggalkan Facebook kerana tidak bersetuju dengan perancangan Facebook untuk menggunakan data pengguna serta mengurangkan penyulitan aplikasi. Laporan yang sama mengatakan keputusan meninggalkan Facebook telah dilakukan oleh beliau sejak tahun lalu sebelum skandal Cambridge Analytica menjadi isu hangat.


TIPS & ULASAN