Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Akan Hadir Ke WhatsApp Tidak Lama Lagi

Sokongan Panggilan Video Berkumpulan Akan Hadir Ke WhatsApp Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mei 2, 2018 oleh .

WhatsApp sebelum ini sedia menambah fungsi panggilan video pada aplikasi mereka, memudahkan anda kekal berinteraksi pada aplikasi permesejan popular berkenaan – sama ada melalui teks, audio ataupun video.

Kini, bergerak ke hadapan, Mark Zuckerberg pada acara F8 hari ini turut mengumumkan yang mana WhatsApp kelak akan menambah sokongan panggilan video berkumpulan.

WhatsApp Video Call

Melalui demo yang dipertontonkan, ia dilihat akan menyokong sehingga 4 pengguna pada sesuatu masa. Memandangkan pada WhatsApp pihak Facebook memfokuskan pengoptimasian dari segi penggunaan data dan sebagainya, kita mungkin akan dapat melihat perkara sama untuk panggilan video berkumpulan ini.

Kita mungkin akan dapat melihat pengenalan ciri ini secara global dalam minggu-minggu akan datang.


TIPS & ULASAN