Samsung Galaxy S7 Dan S7 Edge Mula Menerima Kemaskini Android Oreo

Diterbitkan pada Mei 2, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menurut angka terkini yang diberikan Google, peratusan peranti yang menggunakan Android Oreo kini mencecah 4.6%. Ini akan terus meningkat kerana semakin banyak peranti dilancarkan dengan Oreo serta kemaskini yang diberikan semakin kerap.

Bagi pemilik Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, kemaskini Oreo sudah mula diterima pengguna di United Kingdom. Ini besar kemungkinan adalah kemaskini versi Android yang diberikan secara rasmi buat peranti yang sudah berusia lebih dua tahun ini. Bagi pengguna di Malaysia, kemaskini biasanya akan tiba sekitar dua minggu selepas Eropah. Kami akan melaporkannya sebaik sahaja ia diterima di negara kita.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami