Carian
Rekaan Xiaomi Redmi S2 Tertiris Dalam Betuk Gambar Dan Video
May 2, 2018 Fahim Zahar

Minggu lepas peranti Xiaomi Redmi S2 tertiris di laman TENAA. Peranti ini dilihat mempunyai dwi-kamera menegak, skrin 5.99″ HD+ dan menjalankan MIUI 9 berasakan Android Oreo 8.1.

Baru-baru ini di Mi Store Czech, peranti ini diperlihatkan dengan lebih jelas. Redmi S2 ini dilihat dijana dengan Snapdragon 625, bateri sebesar 3080mAh, sokongan nyah-kunci berasaskan wajah, dwi-kamera dengan sokongan EIS dan mod potret dan juga skrin 6 inci dengan nisbah 18:9. Redmi S2 ini adalah siri S pertama dalam keluarga Xiaomi Redmi dan ia dilihat seperti Xiaomi Redmi Note 5 dengan spesifikasi sedikit rendah dan mungkin menawarkan harga yang lebih murah.

Walau bagaimanapun, harga dan tarikh pelancaran masih belum diketahui. Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi peranti ini oleh Xiaomi dalam masa terdekat.

Komen