Perkhidmatan Penstriman Video DC Universe Diumumkan

Perkhidmatan Penstriman Video DC Universe Diumumkan

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Tabiat menonton rancangan TV kita sudah banyak berubah berbanding sedekad yang lalu. Ia bermula dengan menonton siri pada hari tertentu sebelum berevolusi kepada merakam siri TV menggunakan TiVo. Kini penstriman video terus ke TV atau telefon pintar sudah menjadi kebiasaan. Disney akan melancarkan perkhidmatan penstriman mereka sendiri tahun hadapan.

Turut tidak mahu ketinggalan ialah DC, yang merupakan pesaing kepada Marvel yang bernaung di bawah payung Disney. Perkhidmatan penstriman DC Universe ialah jawapan mereka kepada Marvel. Melalui DC Universe siri DC Titans. Young Justice Outsiders, Harley Quinn dan Swamp Thing akan ditawarkan.

Swap Thing akan menerima sentuhan James Wan yang mengarah filem Aquaman, Saw, Insidious dan The Conjuring. Tarikh pelancaran perkhidmatan ini masih belum diumumkan tetapi jelas mensasarkan peminat tegar DC.


TIPS & ULASAN