LG G7 ThinQ telah dilancarkan semalam dengan spesifikasi terkini seperti cip pemproses Snapdragon 845, sokongan kecerdasan buatan pada kamera dan juga rekaan skrin bertakuk yang boleh disembunyikan.
Skrin pada LG G7 ThinQ menggunakan panel LCD kerana pihak LG ingin menjimatkan kos. Antara sebab lain LG menggunakan panel LCD pada LG G7 ThinQ adalah kerana mereka akan hanya menggunakan skrin OLED pada peranti-peranti dalam siri V. Tahun ini, peranti LG dengan skrin OLED adalah LG V30S ThinQ yang dilancarkan pada acara MWC 2018 Mac lepas.
Mengikut ura-ura daripada @evleaks antara siri V lain yang bakal hadir pada tahun ini adalah LG V35 dan juga LG V40. Dua peranti siri V ini mungkin adalah peranti terbaru LG yang bakal menggunakan skrin OLED. Walau bagaimanapun, LG masih tidak memberi sebarang maklumat akan hal ini. Oleh itu, sama-sama kita nantikan berita daripada LG akan datang.