Carian
Aplikasi GrabFood Hadir – Bakal Menggantikan Uber Eats Tidak Lama Lagi
May 5, 2018 Aman

Ketika pengambil-alihan perniagaan Uber oleh Grab tempoh hari, ia turut meliputi perniagaan penghantaran makanan milik Uber, iaitu Uber Eats. Ketika itu, Grab telah mengumumkan ia bakal dijenamakan semula kepada Grab Food seawal Mei ini.

Kini, selari dengannya, aplikasi Grab Foods telah pun diterbitkan pada Google Play Store dan juga Apple AppStore. Walaubagaimanapun, ia masih belum boleh digunakan lagi oleh pengguna tempatan.

GrabFood

Penerbitan awal aplikasi ini mungkin sebagai persediaan pihak Grab, sebelum melancarkan perkhidmatan penghantaran makanan mereka untuk pengguna tempatan.

Kita mungkin akan melihat ia mula beroperasi sepenuhnya dalam minggu-minggu akan datang.

Komen