Cari @ Amanz

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk membuat tempahan makanan dan dihantar terus ke rumah atau pejabat anda. Antara yang popular adalah termasuk Uber Eats dan juga FoodPanda.

FoodPanda boleh dikatakan antara yang terawal menawarkan khidmat untuk membolehkan anda membuat tempahan makanan daripada sejumlah kedai terpilih, dan mereka menghantar terus kepada anda. Terkini, FoodPanda telah pun menyambut ulang-tahun ke-6 mereka di Malaysia.

FoodPanda

Bersempena dengan ulang-tahun ke-6 ini, kini FoodPanda turut mengumukkan yang mana bermula Mei ini, mereka akan menawarkan khidmat penghantaran 24-jam kepada para pengguna.

Dengan langkah ini, pengguna kini boleh menggunakan aplikasi FoodPanda untuk membuat tempahan daripada sejumlah restoran untuk dihantar terus kepada mereka – pada bila-bila masa, dan tidak terhad seperti sebelum ini.

Buat masa ini, FoodPanda baru beroperasi di sejumlah lokasi dengan terhad, termasuk Lembah Klang dan juga Johor Bahru.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd