Cari @ Amanz

Peranti berhubung adalah peranti yang sentiasa bersambung dengan satu rangkaian. Keunikan pada peranti berhubung adalah ia mempunyai satu sistem operasi terbina untuk mengawal peranti-peranti ini dalam satu ekosistem seperti Mi Home, Google Home, Home (Apple) atau yang terkini daripada Windows, Azure Sphere OS.

Bulan lepas kami laporkan sistem peranti berhubung Google tersendiri iaitu Android Things, sudah menghampiri versi akhir. Semalam secara rasminya Google melancarkan Android Things OS 1.0, sistem operasi untuk peranti berhubung. Kelebihan pada Android Things OS adalah ia berasaskan sistem operasi Android yang ringan dan secara teorinya ia akan menyokong banyak perkhidmatan dan aplikasi.

Android Things OS 1.0 ini menyokong System-on-Modules (SoM) daripada Qualcomm seperti SDA212, SDA624 san juga platform dan perkakasan Mediatek MT8516. Menurut Google, setiap peranti dengan Android Things akan mempunyai sokongan kemaskini sehingga tiga tahun.

Tidak lama lagi kita akan lihat lebih banyak peranti berhubung hadir di pasaran seperti Lenovo Smart Display, iaitu peranti pintar dengan skrin terbina yang mempunyai sokongan Google Assistant.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd