Cari @ Amanz

Peranti berhubung (IoT) ialah peranti yang sentiasa bersambung dengan internet. Ia banyak digunakan dalam rumah pintar, contohnya ialah pembesar suara pintar Google Home Mini.

Pada 2016 Google melancarkan Android Things untuk digunakan pada peranti-peranti berhubung. Android Things adalah sistem operasi berasaskan Android versi ringan. Versi Percubaan Pembangun 8 untuk Android Things telah dilancarkan dengan API yang terkini.

Antara kegunaan Android Things yang telah diperlihatkan ialah seperti “paparan pintar” Lenovo Smart Display. Android Things versi Percubaan Pembangun 8 ini membawakan fungsi Bluetooth yang baru, InputDriver yang diubah dan juga penambahbaikan rangkakerja (framework) lokasi.

Selain digunakan pada paparan pintar, Android Things turut boleh digunakan untuk mengawal pada pencetak 3D dan juga robot.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd