Carian
Android P Akan Menggunakan Kelebihan Pembelajaran Mesin Untuk Penjimatan Bateri
May 9, 2018 Aman

Pada hari ini, salah satu perkara yang sering menjadi igauan ramai pengguna telefon pintar adalah masa ketahanan bateri yang masih rendah. Kini, dalam usaha mengatasinya, Google mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin ke sistem operasi Android, sekaligus berusaha mengatasi masalah penggunaan bateri ini.

Melalui Android P kelak, Google akan menyertakan dua ciri baru, iaitu Adaptive Battery dan juga Adaptive Brightness.

Android P Adaptive Battery

Melalui Adaptive Battery, ia akan mengutamakan penggunaan tenaga bateri kepada perkhidmatan dan aplikasi yang anda kerap gunakan. Melaluinya, ia sekaligus akan menamatkan atau menghentikan aplikasi yang berjalan di latar yang tidak digunakan oleh anda selepas sesuatu tempoh masa.

Disamping itu, Adaptive Brightness pula tetapan kecerahan skrin anda mengikut persekitaran dan mula mengoptimasikan kecerahan skrin pada masa akan datang secara automatik.

Android P masih pada peringkat beta buat masa ini, dan ia dijangka akan hadir kepada sejumlah peranti dalam beberapa bulan lagi. Dengan perkembangan terbaru daripada Google ini, semestinya ramai pengguna tidak sabar untuk menggunakan sistem operasi terbaru Android ini pada peranti masing-masing.

Komen