Carian
Huawei Hadir Dengan Huawei Y3 (2018) – Menjalankan Sistem Operasi Android Go
May 9, 2018 Aman

Beberapa pengeluar peranti telah mula hadir dengan telefon pintar berasaskan sistem operasi Android Go – dimana melaluinya ia menggunakan ruangan storan yang lebih sedikit, selain pelbagai aplikasi yang dioptimasikan untuknya.

Selari dengan pengenalan pelbagai pengeluar lain, Huawei turut tidak ketinggalan, dan kini telah pun mengumumkan Huawei Y3 (2018). Peranti ini sekaligus menjadikan peranti pertama Huawei berasaskan Android Go, selain turut menggunakan antaramuka khusus EMUI padanya.

Huawei Y3 2018

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 854×480 pixel, dijana menggunakan cip MediaTek MT6737, memori 1GB RAM dan storan 8GB. Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, selain bateri 2280mAh. Walaupun berspesifikasi asas, ia turut menyertakan sokongan rangkaian 4G LTE bersama dengannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualannya, dan adakah ia akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

Komen