Akademi Pembangun Apple Pertama Di Asia Telah Dibuka Di Indonesia

Akademi Pembangun Apple Pertama Di Asia Telah Dibuka Di Indonesia

Diterbitkan pada Mei 10, 2018 oleh .

Setiap peranti yang dijual di Indonesia perlu mempunyai 30% komponen ataupun penglibatan tempatan. Oleh itu pada tahun 2016, Apple mengumumkan pelaburan bernilai $44 juta (RP 671 bilion) bagi menyokong pembangunan aplikasi oleh pembangun tempatan. Minggu ini akademi pembangun Apple telah dibuka di Indonesia. Ia merupakan akademi pertama seumpamanya di rantau Asia.

Apple telah bekerjasama dengan Binus University di Tangerang bagi mengajar pembangunan aplikasi kepada 75 pelajar. Mereka diajar menggunakan bahasa pengaturcaraan Swift dan Objective-C. Setakat ini dua aplikasi telah berjaya dibangunkan iaitu Toll X dan S.A.F.E.

Toll X memberitahu kadar tol kepada pengguna sebelum mereka menggunakan jalan bertol. S.A.F.E. pula memberikan akses kepada pelbagai perkhidmatan kecemasan tempatan. Selain Indonesia, akademi pembangun turut dibuka oleh Apple di Brazil dan Itali.


TIPS & ULASAN