Cari @ Amanz

Google sebelum ini sedia memperkenalkan keluarga peranti Pixel yang mana terdiri daripada telefon pintar, dan juga aksesori. Menariknya, kini desas-desus baru hadir mengatakan Google turut akan memperkenalkan sebuah jam tangan pintar baru dengan penjenamaan Pixel pada tahun ini.

Info baru ini hadir daripada @evleaks yang sedia terkenal dengan perkongsian pelbagai desas-desus tepat jauh sebelum pengenalan sesuatu peranti.

Jam tangan pintar Pixel ini juga mungkin akan menjadi salah satu peranti yang memperlihatkan keupayaan penuh Android Wear yang kini telah dijenamakan kepada Wear OS.

Menariknya, sebelum ini Qualcomm turut telah dipetik mengatakan bakal hadir dengan cip pemprosesan baru untuk jam tangan pintar pada tahun ini, dan mungkin kita akan melihat ia diumumkan bersama-sama pengenalan jam tangan Pixel ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd