Carian
Imej Pengolokan iPhone SE 2 Tertiris Menunjukkan Rekaan Skrin Bertakuk
May 11, 2018 Effi Saharudin

Pelancaran iPhone SE 2 amat dinantikan insan yang inginkan iPhone yang bersaiz kecil. Pelbagai spekulasi didengari mengenai peranti ini seperti tiadanya bicu audio dan pengekalan pengimbas cap jari fizikal. Terkini imej pengolokan pelindung skrin keluaran Olixar untuk iPhone SE 2 telah tertiris awal dan memberikan petanda awal rekaan yang bakal digunakan.

Mengejutkan ialah berdasarkan rekaan pelindung skrin ini, iPhone SE 2 nampaknya akan mempunyai skrin bertakuk. Tiada ruang untuk pengimbas cap jari Touch ID dan sebaliknya mungkin menggunakan Face ID sepenuhnya. Dari imej pengolokan yang digunakan, iPhone SE2 akan mengekalkan rekaan sisi yang tajam tidak seperti iPhone X yang dibulatkan.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, imej pengolokan untuk aksesori yang dikeluarkan oleh Olixar hampir 100% menyamai rekaan produk akhir. Jadi apakah pendapat anda jika bendar iPhone SE 2 kelihatan seperti di atas?

Komen