Cari @ Amanz

Komputer riba ASUS ROG terkenal dengan spesifkasinya yang tinggi bagi memenuhi kepperluan peminat permainan video. Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak pengeluar menghasilkan telefon pintar yang mensasarkan peminat permua seperti Xiaomi Blackshark dan Razer Phone. Asus tidak mahu ketinggalan dan telahpun mengesahkan mereka turut akan melakukan perkara yang sama.

Kini mula kedengaran ura-ura telefon pintar ASUS ROG ini akan dilancarkan ketika acara Computex yang berlangsung pada awal bulan Jun. Ia dipercayai akan dijana pemproses Snapdragon 845 dan dilengkapi skrin dengan kadar semula 120 Hz. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Computex yang menjadi acara terbesar dalam kalendar perkakasan komputer Asia. Jadi peranti manakah yang akan menjadi telefon untuk permua terbaik di pasaran? Asus Rog, Blackshark, Razer Phone atau Nubia Red Magic?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd