Rekaan Peranti Nubia Red Magic Yang Memfokuskan Permainan Video Tertiris

Rekaan Peranti Nubia Red Magic Yang Memfokuskan Permainan Video Tertiris

Diterbitkan pada Apr 18, 2018 oleh .

Seperti Razer, Xiaomi dan Asus, Nubia turut menerjah masuk ke dalam arena penghasilan peranti berkuasa untuk menjalankan permua pada tetapan yang tertinggi. Mereka akan melancarkan peranti di bawah jenama baru Red Magic dan rekaan peranti ini tertiris sehari awal sebelum pelancarannya esok.

Seperti Xiaomi Black Shark. peranti ini mempunyai rekaan tubuh yang bukan sahaja agresif tetapi mungkin mempunyai lampu pada bahagian belakang. Ia nampaknya hanya dilengkapi satu kamera utama pada bahagian belakang. Sebuah butang khas berwarna merah terletak pada sisi kanan. Ini mungkin butang khas untuk mod permua seperti yang ditemui pada Black Shark.

Spesifikasi penuh peranti ini akan diketahui esok apabila ia dilancarkan di China. Gambar tertiris di atas menyamai rupa peranti di dalam video promosi yang telah dihasilkan.


TIPS & ULASAN