Cari @ Amanz

Minggu lalu aplikasi Your Phone dilancarkan oleh Microsoft yang membolehkan kandungan telefon pintar diakses menerusi Windows. Ini akan mengurangkan gangguan ketika kerja kerana kesemua notifikasi dari telefon boleh dipaparkan terus pada skrin komputer pejabat. Melalui temubual bersama The Verge, Joe Belfiore dan Shilpa Ranganathan dari Microsoft mengumumkan keinginan membawa sokongan iMessage ke komputer Windows.

Windows Your PhoneBuat masa ini sokongan paparan SMS dan gambar yang disokong untuk telefon pintar Android. Mereka mahu membawakan sokongan yang lebih baik untuk telefon pintar iOS. Tetapi buat masa ini mereka masih belum menghubungi Apple atau memulakan proses membawakan sokongan iMessage ke dalam Your Phone. Sokongan iMessage pada komputer Mac OS telah lama diberikan. Terpulang kepada pihak Apple untuk membantu Microsoft untuk membawakan sokongan ini pada Windows.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd