Minggu lalu rekaan panel hadapan iPhone SE 2 tertiris menerusi imej pengolokan untuk pelindung skrin keluaran Olixar. Peranti ini nampaknya menggunakan skrin bertakuk seperti iPhone X tetapi mengekalkan rekaan tubuh berkotak iPhone SE.
Hujung minggu lalu rekaan panel belakang iPhone SE 2 pula tertiris sekali lagi menerusi imej pengolokan kerangka keluaran Olixar. Dari apa yang dapat dilihat di atas, panel belakang peranti diperbuat daripada sekeping kaca sepenuhnya. Ini mungkin adalah bagi menyokong pengecasan tanpa wayar. Saiz lensa kamera juga lebih besar berbanding model terdahulu.
Seperti kami katakan sebelum ini, beberapa imej pengolokan dari Olixar terbukti adalah sama dengan rekaan produk akhir. Apa pendapat pembaca Amanz mengenai rekaan iPhone SE 2.