Apple Disaman Kerana Masalah Papan Kekunci Butterfly Pada MacBook

Apple Disaman Kerana Masalah Papan Kekunci Butterfly Pada MacBook

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Pada awal bulan yang lalu kami laporan MacBook yang menggunakan papan kekunci suis kupu-kupu mempunyai masalah kerosakan yang tinggi berbanding rekaan kekunci sebelum ini. Sebuah petisyen dibuka yang meminta Apple menarik penjualan Macbook dengan kekunci kupu-kupu ini.

Terkini Apple telah disaman oleh dua pengguna MacBook di North Carolina Amerika Syarikat. Di dalam writ sama setebal 37 muka surat yang difailkan, mereka mendakwa Apple menyedari akan masalah suis kupu-kupu ini tetapi meneruskan juga penggunaannya. Ini menurut mereka adalah tindakan menipu dan berniat jahat terhadap pemilik MacBook dengan kekunci ini.

Tidak diketahui jumlah bayaran ganti rugi yang diminta tetapi setakat ini petisyen meminta penarik semula jualan sudah ditandatangani hampir 22,000 individu.


TIPS & ULASAN