Rekaan Dan Spesifikasi Vivo X21i Tertiris – Dijana Pemproses Helio P60

Rekaan Dan Spesifikasi Vivo X21i Tertiris – Dijana Pemproses Helio P60

Diterbitkan pada Mei 14, 2018 oleh .

Vivo X21 ialah peranti utama dari Oppo dan menjadi telefon pintar rasmi untuk acara Piala Dunia 2018. Terdapat satu model X21 yang turut dilengkapi sistem imbasan jari terbina dalam skrin. Ia bakal dilancarkan di Malaysia bulan ini. Di China, sebuah lagi model X21 akan dilancarkan iaitu Vivo X21i. Rekaan dan spesifikasinya telahpun tertiris sebelum pelancaran rasminya minggu ini.

Ia dilengkapi skrin 6.28″ FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P60, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 64GB, kamera utama 12+5 Megapixel, kamera swafoto 24-Megapixel dan bateri sebesar 3170 mAh. Sistem operasi Android 8.1 akan digunakan dengan pelancar Funtouch OS 4.0.

Perbezaan dengan X21 ialah ia tidak menggunakan pemproses Snapdragon 660, kamera hadapan lebih berkuasa (24 vs 12 MP) dan bateri lebih kecil (3170 vs 3200 mAh).


TIPS & ULASAN