Cari @ Amanz

Terdapat banyak ura-ura mengenai penggunaan sistem pengimbas cap jari terbina dalam skrin oleh Samsung. Sebelum ini terdapat laporan ia akan digunakan pertama kali pada Galaxy Note 9 yang bakal dilancarkan kelak. Tetapi laporan dari Korea semalam mengatakan ia hanya akan muncul pada Galaxy S10.

Laporan Chosun Biz mengatakan sistem pengimbas cap jari ultrasonik yang dihasilkan sendiri oleh Samsung bakal digunakan. Sistem ini mengimbas cap jari secara tiga dimensi oleh itu ianya lebih sukar untuk dipintas berbanding sistem lain yang telah digunakan di pasaran. Sungguhpun begitu ia lebih mahal untuk dihasilkan serta sukar untuk digunakan pada skrin OLED.

Ini dipercayai adalah sebab mengapa Galaxy S9 tidak dilengkapi pengimbas cap jari terbina dalam skrin walaupun pelbagai ura-ura mengenainya didengari. Samsung hanya akan menggunakan teknologi ini apabila mereka percaya ia akan berfungsi dengan baik. Oleh itu penantian untuk peranti Samsung pertama dengan pengimbas cap jari terbina dalam skrin akan berterusan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd