Cari @ Amanz

Setakat ini hanya Vivo X20Plus UD dan Vivo X21 dilengkapi sistem pengimbas cap jari dalam skrin. Teknologi ini masih lagi dipertingkat awal dan masih belum sepantas sistem imbasan cap jari sedia ada. Tetapi harus diakui ia mungkin sistem yang paling didambakan mereka yang merindui pengimbas cap jari pada bahagian hadapan peranti peranti rekaan skrin nirbingkai.

Sejak berbulan lamanya terdapat ura-ura Samsung Galaxy Note 9 bakal menjadi peranti Samsung pertama menggunakan teknologi ini. Tetapi pada bulan Januari yang lalu ia dikatakan tidak akan berlaku. Terkini mengikut laporan Korea Herald, Samsung sedang menguji empat sistem imbasan cap jari dalam skrin untuk Note 9. Pilihan terakhir masih belum dilakukan untuk peranti yang biasanya dilancarkan pada bulan Ogos.

Pada Galaxy A8 2018 dan S9, pengimbas cap jari diletakkan di bawah kamera pada belakang peranti. Rekaan baru ini adalah lebih baik berbanding rekaan yang digunakan pada S8 dan Note 8.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd